Searching...
Thursday, March 26, 2015
5:38 PM 0

Kisah hidup menyayat hati Imam Muda Asyraf, juara musim pertama Imam Muda


Diceritakan oleh IMAM MUDA Asyraf

"Teringat sewaktu sy mula berkahwin dulu. Masih belajar di UM. Tiada pekerjaan tetap. Apapun Terima kasih kpd mertua yg sudi menerima insan yg serba dhaif ini menjadi menantu. Walaupun ketika itu mrk tahu sy tak mempunyai sumber kewangan yg utuh. Sy buat partime sbg imam rawatib di masjid sebab nak sara anak orang sbg isteri. 

Dgn gaji RM350 sebulan di Kuala Lumpur apalah sangat yg mampu dinikmati. Sedangkan sewa rumah ketika itu RM450 sebulan. Terpaksa berniaga cari duit tambahan jual kitab. Buat home tuition. Basah kuyup bersama isteri menaiki motorsikal EX5. Menunggu bas di Pudu bersama utk pulang ke kampung.

Apa yg sy kagum dan sy akan ingat selamanya ialah pesanan dari seorang isteri : "Abang.. Ayang tak minta abang bawa balik kemewahan. Tapi cukuplah dgn bawa pulang kpd keluarga rezeki yg barakah"...

Beliau langsung tak pernah minta wang utk beli pakaian melainkan apa yg sy belikan. Beg tangan dan Kasut seadanya. Kadang terusik di dalam hati seorang suami utk membeli sesuatu utk menggembirakan isteri. Tp si suami tak mampu.

Rumah flat yg tiada katilnya beralas toto. Lantai simen tanpa tikar getah. Tiada meja makan, Kotak sebagai alas pinggan. Almari zip yg terkoyak di sisinya. Tapi saat itulah saat yg paling bahagia. Detik itulah yg paling sakinah. Payah namun indah. Rumah sempit namun hati lapang.

Perit dahulu menekan keangkuhan. Sakit dahulu mengingatkan kesombongan. Semua yg kita dapat sekarang adalah pemberian Tuhan. Dia beri pinjam hari ini, maka tak sukar utk Dia ambil semula esok hari. Beringat wahai si tuan badan.

Sy kongsi kisah ini bukan utk khabarkan sejarah diri semata. Krn sy tahu rasa sy ini pernah juga dirasai kebanyakan pasangan. Sy tidak berseorangan dalam merasai pengalaman ini. Ramai yg turut melalui. Bersyukurlah apa yg ada. Sebelum menangis bila dah tiada.

Mereka menerima kita saat kita bukan siapa-siapa. Mereka terima kita saat kita tiada apa-apa. Mereka disisi saat tiada siapa mengenali. Mereka bangga dgn kita walau kita tiada nama. Mereka sudi disisi kita walau kita tidak berharta.

Semoga Allah mengAbadikan bahagia ini hingga ke syurga."


Biodata Penuh Imam Muda Asyraf

Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan merupakan juara pertama program pencarian imam di kalangan generasi muda iaitu Imam Muda. Pada mulanya bersekolah di SRK Sri Aman Kg Melayu Pulau Pinang dari tahun 1991-1996. Kemudian ke Maahad al-Mashoor al-Islami di Sg Batu Teluk Kumbar Pulau Pinang dari tahun 1997-1999 iaitu tingkatan 1- tingkatan 3. Kemudian ke Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat, Repek, Pasir Mas Kelantan dari tahun 2000-2001.

Dan mengubah haluan mengambil SPM di Maahad Tarbiyyah Islamiyyah ( MATRI), Beseri, Perlis pada tahun 2001-2002. Melanjutkan pelajaran ke Peringkat Diploma Qiraat di Maahad Tahfiz Pulau Pinang pada tahun 2003-2006. Kemudian Ijazah Sarjana Muda Syariah Pengkhususan Fiqh dan Usul di Universiti Malaya. Dan kini sedang menyiapkan Sarjana juga di Univiersiti Malaya dalam bidang yang sama. Sebelum ini pernah bertugas sebagai Imam di Masjid Desa Petaling Kuala Lumpur.


Bergelar Juara Imam Muda 2010

Pada 30 Julai 2010, beliau dinobatkan menjadi juara. Program pertama di dunia ini disiarkan secara langsung melalui televisyen berbayar Astro Oasis dari Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur. Pemenang kedua ialah Hizbur Rahman Omar Zuhdi. Pengetua / Mudir ialah Ustaz Datuk Hassan Mahmood al Hafiz. Tenaga pengajar ialah Sharizan Daud At-Turabi dan Syed Mohd. Norhisyam Tuan Padang.

Juara mendapat sijil daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), kontrak menjadi Imam Ratib di sekitar Kuala Lumpur, pengajian ke Universiti Antarabangsa Al-Madinah, Arab Saudi, pakej menunaikan haji dan umrah, kereta Proton Exora serta wang tunai RM20,000. Selain itu, percutian ke Bandung (4 hari 3 malam), pakej perabot jati bernilai RM10,000, pakej spa Maghribi, komputer riba Apple Macbook Pro dan sebuah iPhone 3G.

Sumber utama : Facebook
Sumber lain : Wikipedia

0 comments:

Post a Comment