Searching...
Tuesday, April 14, 2015
12:55 AM 0

Nafi nikah Jun ini, Zizan Razak akhirnya dedah punca sebenar enggan kahwini Emma Maembong


Laporan media baru baru ini yang mengatakan Zizan Razak bakal menamatkan zaman bujang pada Jun 2015 mendapat perhatian ramai dan tidak kurang juga mengatakan tindakan pelawak itu mendirikan rumahtangga hanyalah semata mata mahu menutup kontroversi selama ini.

Dalam kenyataan terbaru kepada Harian Metro, Zizan Razak berkata yang beliau belum pun pulang ke kampung untuk bincangkan hal perkahwinan tetapi tidak menolak kemungkinan akan berkahwin dengan gadis pilihan ibunya itu pada tahun ini juga.

“Memang sya akan berkahwin tahun ini tapi belum tentu Jun seperti yang kecoh diperkatakan. Apa apa pun saya kena berbincang dengan keluarga dulu sebab (kami) baru sebulan saja kenal”

“Terkejut sangat bila baca laporan (kononnya) saya akan berkahwin Jun depan. Kalau sudah berjumpa dan berbincang, barulah saya berani sahkan tarikh. InsyaAllah kalau semua berjalan lancar memang tahun ini juga sebab saya bukan makin muda,”
ujar Zizan.

Dalam laporan sama, Zizan Razak juga mengakui yang usaha untuk memenangi semula hati Emma Maembong semenjak mereka berpisah Januari lalu kini sudah berakhir.

“Akhirnya saya kena akur jodoh antara kami sudah tiada, walau apa pun berlaku hidup perlu diteruskan. Buat Emma saya doakan yang terbaik dan saya percaya dia boleh pergi jauh dalam industri,” tambahnya lagi.

Sumber : Rotikaya

0 comments:

Post a Comment