Searching...
Saturday, August 8, 2015
6:14 PM 0

Raja Farah bertunang, inilah wajah sebenar bakal suami kedua Raja Farah?

Setelah mengambil keputusan untuk mangakhiri perkahwinan pertamanya dengan bekas suami sekitar Mei lalu, kini Raja Farah khabarnya akan mengumumkan bakal teman hidupnya selain dikatakan akan bertunang tidak lama lagi.

Malah Raja Farah juga bakal mengumumkan sesuatu pada hari ini dan jika tidak salah seperti apa yang hangat diperkatakan di fourm CARI, mungkin dia akan memberitahu tentang pengganti baru di dalam kehidupannya itu kepada peminat dan juga media.

Sebelum ini, Raja Farah turut menjelaskan bahawa dia sedih apabila ada di antara keyboard warrior di laman sosial melemparkan kata-kata yang kasar selain mendakwa dirinya tidak mampu memberikan anak yang akhirnya mendorong hubungannya bersama suami tidak dapat diteruskan lagi.

“Banyak perkara yang saya belajar tentang lelaki dan kualiti seorang lelaki untuk dijadikan suami. Saya masih muda dan tidak menolak untuk kembali berumah tangga semula selain mahukan cahaya mata sendiri,” memetik kata-katanya sebelum ini.









0 comments:

Post a Comment