Searching...
Tuesday, August 25, 2015
9:56 PM 0

Yatt Hamzah sah cerai talak satu, ini punca sebenar penceraian mereka


Siapa yang mahukan penceraian dalam sebuah rumah tangga. Namun begitu, andai itu jalan yang terbaik buat kedua-dua belah pihak, maka mereka terpaksa akur. Itulah yang terjadi kepada Yatt Hamzah atau nama sebenarnya Haryati Hamzah dan suami, Abdul Mutalib Abdul Shukor.

Selepas enam tahun bersama, Mutalib akhirnya melafazkan talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur secara tertutup sekitar jam 4.23 petang, semalam.

Sebelum ini, rumah tangga pasangan ini pernah dikhabarkan sedang retak, namun berjaya diselamatkan. Walaubagaimanapun, semalam, menerusi BH Online, Mutalib telah mengesahkan sendiri mengenai penceraiannya bersama Yatt menerusi aplikasi WhatsApp.

"Kami berpisah secara baik. Makluman ini dibuat bertujuan mengelak sebarang fitnah dan pandangan negatif masyarakat. Apa pun mohon teman media mendoakan yg terbaik buat kami berdua meneruskan kehidupan seperti biasa. Sekian, terima kasih," katanya.

Pasangan ini telah mengikat ikatan sebagai suami isteri pada 29 Mac 2009 dan dikurniakan seorang puteri, Suci Hanania Malika Abdul Mutalib yang kini berusia lima tahun.


0 comments:

Post a Comment